Kampung Parit Haji Ali (Darat) adalah sebahagian daripada Kampung Parit Haji Ali Induk. Kampung Parit Haji Ali telah mula diteroka pada awal tahun 1920-an, oleh pendatang-pendatang dari Pulau Jawa, Indonesia.
Pendatang-pendatang dari Pulau Jawa mula meneroka dari kuala kampung, Jalan Keluang, Batu Pahat menghala ke selatan (ke darat), mengikut kumpulan yang diketuai oleh Wak Merong. Diantara mereka-mereka yang menjadi ketua-ketua kumpulan awal adalah seperti Tuan Haji Ali, Tuan Haji Ali Deron dan En. Borham Abd. Manaf.
Bilangan peneroka bertambah dari masa ke masa, mengikut penambahan pendatang dari Pulau Jawa yang dibawa oleh kumpulan-kumpulan baru. Panjang kampung ini juga terus meningkat dari tahun ke tahun : akhirnya penerokaan kampung ini terhenti pada awal tahun lima puluhan, setelah kedatangan pendatang dari Pulau Jawa turut terhenti pada awal tahun empat puluhan.
Nama kampung Parit Haji Ali, adalah diambil sempena dari nama Ketua Kampung pertama : Tuan Haji Ali Bin Kasan.
Kebanyakan peneroka awal kampung ini telah menjual kebun mereka kepada kaum Cina dan mereka balik ke Pulau Jawa semula atau pergi menunaikan fardu haji dan meneroka semula di bahagian hujung kampung. Itulah sebabnya, sebahagian besar kawasan kampung ini, bahagian laut, ( dari rezab 1 hingga rezab 9 ), telah dimiliki oleh kaum Cina, walaupun mereka tidak pernah menjadi peneroka asal. Kawasan dari rezab 5 hingga rezab 7, hampir keseluruhannya dimiliki oleh kaum Cina. Inilah yang menyebabkan kampung Parit Haji Ali (Darat) ini ‘terputus’ dari Parit Haji Ali (Laut).
Berikut adalah diantara ‘pentol-pentol’ kampung selain dari mereka yang disebutkan di atas. Mereka ialah : Tn. Haji Dasuki Asnawi, Tn. Haji Mulia, Tuan Haji Zakaria Haji Zainalabidin. En. Misran Mangon, En. Pangat Salleh, Tuan Haji Salleh Muharam dan Tuan Haji Bajuri Haji Ali. Mereka semua telah kembali kerahmatullah. Mudah-mudahan Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh mereka. Aminnnn!
Kebanyakan penduduk-penduduk kampung ini, ketika ini, adalah mereka-mereka dari generasi ketiga dan keempat.

No comments:
Post a Comment